10 NOV : Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai yang dicapai dengan Kemboja berikutan kejadian letupan periuk api yang mencederakan dua anggotanya berhampiran sempadan.
Tentera Diraja Thailand memaklumkan seorang daripada dua anggotanya cedera parah dalam kejadian letupan yang berlaku wilayah Sisaket itu.
Jurucakap Kerajaan Thailand, Siripong Angkasakulkiat berkata Bangkok akan menghentikan tindakan susulan kepada perjanjian dengan Kemboja yang dimetrai itu.
Melalui perjanjian itu, langkah seterusnya melibatkan pembebasan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan di Thailand.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Kemboja.
Perjanjian damai itu dimetrai di Kuala Lumpur bulan lalu sempena Sidang Kemuncak ASEAN KE-47.