nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia mohon sokongan Afrika Selatan dalam pencalonan antarabangsa

21 NOV : Malaysia memohon sokongan Afrika Selatan bagi beberapa pencalonan penting di peringkat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Permohonan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, hari ini.

“Kami memohon dukungan Afrika Selatan dalam pencalonan Malaysia di pelbagai badan antarabangsa seperti IMO, ECOSOC, ITU, HRC dan UNSC,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang dalam rangka lawatan ke negara itu menyatakan Malaysia komited untuk membina hubungan lebih kukuh berteraskan solidariti, keyakinan dan agenda pembangunan yang saling memanfaatkan kedua-dua negara.

Malaysia juga menyampaikan penghargaan kepada Afrika Selatan sebagai negara Afrika pertama mengetuai G20, menyifatkan tema ‘Solidarity, Equality, Sustainability’ selari dengan agenda Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin turut memperincikan kemajuan hubungan dua hala susulan lawatan Ramaphosa ke Putrajaya sebelum ini.

Anwar berkata Malaysia bersedia memuktamadkan beberapa memorandum persefahaman (MoU) penting merangkumi kerjasama ekonomi dan industri, halal, pertanian, tenaga hijau, teknologi, penyelidikan serta pendidikan dan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, kerjasama pertahanan, perdagangan termasuk import daging lembu serta sains dan inovasi turut dibincangkan sebagai agenda masa depan dua negara.

Dalam langkah memperkukuh kerjasama teknologi tinggi, Anwar berkata Malaysia turut membuka peluang kepada syarikat Afrika Selatan menyertai rantaian nilai semikonduktor melalui MY Integrated Circuit (IC) Design Park.

Anwar kini berada di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.