22 NOV : Perdana Menteri menyifatkan cadangan agar anaknya, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tidak pernah dibincangkan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu hanya cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
“Itu pandangan dia. Dia tidak bincang dengan saya,” katanya ringkas.
Beliau diminta mengulas cadangan Amirudin agar Timbalan Presiden PKR itu menjadi penggantinya di Selangor.
Amirudin dalam program audio siar, Keluar Sekejap yang disiarkan di Youtube mendedahkan pernah menyatakan cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah.
Dalam pada itu, Anwar sempat berseloroh agar dikemukakan lebih nama calon menteri di Persekutuan susulan banyak kekosongan ketika ditanya sama ada ada Amirudin berpeluang ke Kabinet.
“Ini baru satu nama, saya ada beberapa kekosongan lagi. Kena beri lebih nama,” katanya, lapor Awani.
Anwar berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, pada Jumaat.