22 NOV : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meraih pengiktirafan apabila Pejabat Negeri Selangor (SSO) menerima Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor pada Majlis Selangor Investors Appreciation Award 2025, yang berlangsung pada 20 November.
Menurut MCMC, pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan agensi itu melalui SSO dalam menyokong pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan kesiapsiagaan teknikal serta memperkukuh ekosistem pelaburan negeri melalui kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi teknikal dan industri.
MCMC turut merakamkan penghargaan kepada warga SSO dan seluruh warga MCMC atas kerjasama yang menyumbang kepada pencapaian tersebut.
“MCMC akan terus komited dalam memperkasa pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan ketersambungan dan menyokong agenda pelaburan negeri serta negara,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.
Anugerah itu disampaikan Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Haniff Zainal Abidin kepada Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.
Majlis berprestij itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, selain pelabur serta wakil industri.