23 NOV : Afrika Selatan tidak akan menyerahkan kerusi pengerusi bergilir G20 kepada Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa memaklumkan perkara itu kepada media.
Mengikut protokol, tuan rumah lazimnya menyerahkan kerusi kepada pengerusi seterusnya di mana dalam penggiliran kali ini adalah AS.
Namun, Washington memboikot persidangan itu dengan Presiden Donald Trump mendakwa Afrika Selatan mendiskriminasi minoriti kulit putih.
Jurucakap Presiden Cyril, Vincent Magwenya berkata AS pada awalnya mahu menghantar wakil kedutaan hanya untuk upacara penyerahan pada Ahad namun ia tidak boleh diterima.
“Ia adalah pelanggaran protokol. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia tidak akan berlaku buat kali pertama di Afrika Selatan,” katanya.
Foto : South African Government