nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Panggilan diterima NG MERS 999 tinggi namun masih terkawal

24 NOV : Jumlah panggilan kecemasan yang tinggi diterima Sistem Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) sejak ia dilancarkan namun masih dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata meski jumlah panggilan meningkat berbanding sistem lama namun 95 peratus panggilan itu dijawab dan diproses dalam lapan saat.

Katanya, hari pertama NG MERS 999 beroperasi, sebanyak 50,000 panggilan diterima berbanding purata harian platform lama iaitu 28,000 panggilan.

Menurutnya, terdapat panggilan tidak dijawab pada minggu pertama susulan lonjakan mendadak jumlah panggilan diterima namun keadaan pulih selepas Telekom Malaysia (TM) menambah bilangan ejen di pusat panggilan.

“Pada 16 November, panggilan masuk meningkat kepada 60,000, 17 November 61,000, 18 November 55,000, 19 dan 20 November 38,000, 21 November 49,000, 22 November 53,000 dan semalam (Ahad) sebanyak 50,000 panggilan.

“Kami akui minggu lalu terdapat banyak panggilan yang tidak dijawab akibat peningkatan mendadak panggilan masuk. Namun, selepas TM menambah bilangan ejen di pusat panggilan, keadaan kini terkawal walaupun jumlah panggilan lebih tinggi berbanding platform lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat, hari ini.

Nie Ching menegaskan kementerian memantau prestasi sistem tersebut secara berterusan dan menggesa orang ramai membuat aduan jika panggilan lewat dijawab.

“TM juga diarahkan menghubungi semula semua panggilan yang terputus bagi memastikan pemanggil mendapat bantuan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada isu liputan di kawasan bandar atau luar bandar dan talian 999 kekal sebagai saluran kecemasan utama.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.55 bilion bagi Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.