nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Putrajaya-Terengganu setuju lanjut bincang isu tanah FELDA, FGV

6 DIS : Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk melanjutkan perbincangan berkait ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FGV Holdings Berhad (FGV).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kesepakatan itu dicapai hasil perbincangan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dengan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Zulkifli Ali, semalam.

“Jadi semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Terengganu dan beberapa perkara sudah disusuli.

“Kedua-dua pihak termasuk FELDA sudah bersetuju bahawa perbincangan lanjut perlu diadakan. Jadi kita turuti proses itu sebelum kita buat apa-apa keputusan.

“Mungkin pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang akan ada beberapa perkara akan dibangkitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Tapi setakat petang semalam, pertemuan tersebut sudah berlangsung dan perbincangan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) 2025 : Perkasa Kesedaran Keselamatan Internet, hari ini.

Ahad lalu, FGV dilapor diberi tempoh tiga hari untuk mengeluarkan aset boleh alih dan mengosongkan premis susulan notis larangan menceroboh tanah terhadap 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar di Terengganu.

Notis tersebut diserah secara serentak kepada pihak pengurusan 10 ladang FGV di daerah Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun serta Hulu Terengganu.

FELDA dilaporkan gagal memberi maklum balas terhadap tuntutan pembayaran hasil keuntungan 30 peratus tanah milik kerajaan negeri yang diterokai sejak 40 tahun lalu.

Sementara itu dalam hantaran di Facebook, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata sokongan daripada sekolah, rakan industri dan masyarakat membolehkan kempen berjalan dengan lancar, sehingga lebih 8,500 sekolah dan institusi pendidikan mengambil bahagian setakat ini.

Namun kaktanya, ia tidak boleh dijalankan sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Usaha ini mesti diteruskan, diperkukuh dan diperluas agar setiap keluarga khususnya anak-anak kita, benar-benar dilindungi daripada ancaman dalam talian.

“Kita berhak menikmati sebuah ekosistem digital yang selamat, bertanggungjawab dan berdaya tahan.

“Ini menuntut bukan sahaja dasar dan penguatkuasaan yang berkesan tetapi juga perubahan sikap serta peningkatan kesedaran dalam kalangan seluruh masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.