nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis kemanusiaan di Gaza makin serius

23 DIS : Krisis kemanusiaan dihadapi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza semakin serius meski gencatan senjata berkuat kuasa lebih dua bulan.

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkata keadaan di wilayah itu masih jauh daripada pulih.

Malah katanya, keperluan asas rakyat Gaza berada pada tahap kritikal.

“Di Gaza, keadaan kekal menyedihkan dan keperluan kemanusiaan sangat mendesak.

“Keluarga-keluarga terus menderita akibat kekurangan bekalan yang teruk dan kemusnahan yang meluas,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan di platform X.

Terdahulu, UNRWA mendedahkan dalam laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) kira-kira 1.6 juta penduduk Gaza kini berada dalam situasi ketakjaminan makanan yang serius.

“Gaza kekal dalam krisis kebuluran buatan manusia,” kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini.

Agensi tersebut turut menegaskan bahawa kakitangan UNRWA yang sebahagian besar juga terkesan akibat perpindahan tetap bertugas di lapangan bagi membantu keluarga Palestin yang terjejas.

Meski gencatan senjata sepatutnya berlaku di Gaza sejak 10 Oktober lalu, namun rejim zionis tetap menyerang beberapa kawasan yang menyebabkan kematian rakyat Palestin.

Sementara itu, Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan jumlah bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke wilayah itu masih jauh daripada dipersetujui dengan purata hanya 244 trak sehari berbanding sasaran 600 trak seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.

Keadaan sama turut melibatkan bekalan bahan api, apabila hanya sekitar lima trak dibenarkan masuk setiap hari, sedangkan perjanjian menetapkan sekurang-kurangnya 50 trak diperlukan. Situasi ini menunjukkan tahap pematuhan keseluruhan tidak melebihi 41 peratus.

Pejabat berkenaan turut melaporkan sebanyak 875 pelanggaran gencatan senjata dilakukan oleh tentera Israel, yang mengakibatkan kematian 411 individu serta mencederakan 1,112 yang lain.

Foto: Facebook UNRWA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.