nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAKIM siasat orang Islam terlibat Interfaith Water Ceremony

24 DIS : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan penglibatan orang Islam dalam program ‘Interfaith Water Ceremony’ seperti yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya akan memanggil individu terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“JAKIM mengambil perhatian tentang penularan isu berkaitan dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program yang dirujuk sebagai ‘Interfaith Water Ceremony’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, individu tersebut bukan pegawai JAKIM. Walau bagaimanapun, JAKIM akan memanggil individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sudah mengeluarkan kenyataan media rasmi pada 18 Disember lalu bagi menjelaskan isu dakwaan penyertaan pegawai JHEAIPP dalam program tersebut.

Menurutnya, kenyataan itu memperincikan latar belakang penganjuran program, tujuan sebenar kehadiran pegawai agama Islam negeri, serta konteks rakaman yang tular di media sosial.

“Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM sudah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan. Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM.

“Dalam masa yang sama, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan, bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada,” katanya.

Tegasnya, ⁠JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, dipohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.