nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anggota UNIFIL cedera ditembak Israel di Lubnan

27 DIS : Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mengesahkan seorang anggotanya cedera selepas serangan Israel berdekatan kedudukan pasukan berkenaan di selatan Lubnan.

Dalam satu kenyataan, UNIFIL memaklumkan insiden itu berlaku ketika rondaan rutin dijalankan di kawasan Bastarra.

“Pagi ini, tembakan senjata berat dari kedudukan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di selatan Garisan Biru sampai ke kawasan berhampiran satu rondaan UNIFIL yang sedang memeriksa sekatan jalan di kampung Bastarra. Tembakan itu disusuli letupan bom tangan di kawasan berdekatan,” menurut kenyataan itu.

UNIFIL menambah bahawa kesan tembakan dan letupan berkenaan menyebabkan salah seorang anggotanya cedera.

“Bunyi tembakan dan letupan menyebabkan seorang anggota pengaman mengalami kecederaan ringan, gegaran pada telinga,” katanya.

Pada hari sama, pasukan pengaman itu turut melaporkan satu lagi kejadian membabitkan tembakan Israel berhampiran kedudukan mereka di Kfarshuba, selatan Lubnan.

Selain itu, satu lagi pasukan yang menjalankan operasi rutin turut melaporkan berlaku tembakan Israel di kawasan yang sangat hampir dengan kedudukan mereka di Kfarshuba.

Menurut pasukan itu, tentera Israel sudah dimaklumkan lebih awal mengenai aktiviti UNIFIL yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan.

Insiden dilaporkan itu bukan yang pertama berlaku di mana awal bulan ini, Israel didakwa menermbak arah anggota pengamannya di selatan Lubnan.

Sementara bulan lalu, tentera Israel dilaporkan menembak ke arah anggota UNIFIL, namun pihak Israel mendakwa kejadian itu berpunca daripada kesilapan sasaran dan menyifatkannya sebagai tembakan amaran.

Pada Oktober, UNIFIL melaporkan seorang anggotanya cedera akibat bom tangan Israel yang dijatuhkan berhampiran satu kedudukan PBB di selatan Lubnan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.