2 JAN : Pencemaran udara di Bangkok, Thailand semakin membimbangkan dengan kini berada pada zon jingga berdasarkan bacaan 68 stesen pemantauan.
Menurut Pusat Maklumat Kualiti Udara Bangkok, kiraan jumlah bahan cemar dalam udara kini melepasi piawaian ditetapkan.
Laporan media menyebut kebanyakan kawasan di Bangkok kini diklasifikasikan dalam zon jingga.
Zon jingga bermaksud pencemaran itu mula memberi kesan kepada kesihatan.
Selain kawasan bandar, beberapa daerah perniagaan utama termasuk Pathum Wan, Khlong Toei, Yan Nawa dan Sathon turut memasuki zon jingga.
Ini menandakan pencemaran merebak secara meluas di seluruh bandar.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) memaklumkan Indeks Kualiti Udara (AQI) di kebanyakan stesennya kekal pada paras yang berpotensi menjejaskan kesihatan.
Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) melaporkan keadaan sejuk dengan kabus nipis pada waktu pagi di Bangkok boleh menyumbang kepada pengumpulan pencemaran berhampiran permukaan bumi.