nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kecam operasi ketenteraan AS di Venezuela

5 JAN : Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap perkembangan terkini di Venezuela susulan penahanan Presidennya, Nicolas Maduro dan isteri dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tersebut merupakan pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan penggunaan kekerasan yang tidak sah ke atas sebuah negara berdaulat.

“Saya mengikuti perkembangan di Venezuela dengan kebimbangan yang amat mendalam. Pemimpin Venezuela dan isterinya telah ditahan dalam satu operasi ketenteraan AS yang berskala dan bersifat luar biasa.

“Tindakan sedemikian merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan merupakan penggunaan kekerasan yang tidak sah ke atas sebuah negara berdaulat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa sebarang kelewatan sambil memberi amaran bahawa penyingkiran paksa seorang ketua kerajaan melalui campur tangan luar mewujudkan contoh berbahaya dalam hubungan antara negara.

“Presiden Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar. Apa jua alasannya, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan yang sedang memerintah melalui tindakan luar mencipta satu preseden berbahaya. Ia menghakis batasan asas terhadap penggunaan kuasa antara negara dan melemahkan rangka kerja perundangan yang menjadi asas kepada ketertiban antarabangsa,” katanya.

Anwar turut menegaskan bahawa masa depan politik Venezuela wajar ditentukan oleh rakyat negara itu sendiri tanpa campur tangan kuasa asing.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa perubahan kepimpinan secara mendadak akibat campur tangan kuasa luar akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, apatah lagi bagi sebuah negara yang sudah lama berdepan kesukaran ekonomi berpanjangan dan tekanan sosial yang mendalam,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten dalam menjunjung prinsip kedaulatan negara dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa sebagai asas kepada hubungan aman antara negara.

“Malaysia memandang penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara sebagai perkara utama dalam mengekalkan hubungan aman antara negara.

“Penglibatan secara konstruktif, dialog dan usaha meredakan ketegangan kekal sebagai jalan paling berwibawa untuk mencapai penyelesaian yang melindungi orang awam dan membolehkan rakyat Venezuela mengejar aspirasi sah mereka tanpa menambah penderitaan,” katanya.

*FOTO : AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.