nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga barang, kos sara hidup ditangani dengan SARA, STR

11 FEB : Kerajaan menyedari harga barangan yang masih melambung tinggi dan peningkatan kos sara hidup meski selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI 95 (BUDI95).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu itu ditangani melalui pelbagai kaedah termasuk penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Dikaitkan kos barang dengan isu kos sara hidup dengan turunnya harga minyak, tentunya menurun, tetapi harga barang ini juga dibantu melalui SARA.

“Jadi bantuan seperti SARA dan STR misalnya yang cecah RM15 bilion ini harus dilihat bersama kos sara hidup. Bila kos meningkat, kita (peruntuk) juga RM15 bilion untuk naikkan gaji penjawat awam. Jadi tambahan RM30 bilion, ini juga kerana kita ambil kira memang harga barang masih merunsingkan.

“Kita tak mampu selesaikan semua seperti mana beberapa kos barangan import yang masih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar inflasi negara menurun kepada 1.4 peratus tahun lalu, berbanding 1.8 peratus pada 2024.

Selain itu katanya, kadar kemiskinan tegar juga menurun kepada 0.09 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada 2022.

Pada masa sama katanya, kerajaan berusaha menyelesaikan secara menyeluruh isu harga barang di kawasan yang dilaporkan masih tinggi.

Mengulas soal BUDI95 yang boleh dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan, Anwar berkata ia kaedah terbaik yang juga mampu meminimumkan kerenah birokrasi.

“Realitinya, hanya dua peratus pengguna dalam kalangan berpendapatan tinggi di negara ini, dengan pendapatan mereka melebihi RM25,000 sebulan.

“Justeru jika hanya rakyat berpendapatan rendah diberikan subsidi, ia tidak praktikal kerana terlalu ramai rakyat yang berpendapatan RM13,000 ke bawah,” katanya

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun).

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.