nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hina Islam: Fikir panjang sebelum kongsi di media sosial

25 FEB : Orang ramai terutama golongan muda diajak agar berfikir panjang dan berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebarang perbuatan yang boleh menggugat keharmonian, kestabilan dan perpaduan perlu dielakkan.

Teguran itu susulan perkembangan terkini melibatkan penahanan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al‑Sultan Abdullah (UMPSA) yang memuat naik gambar memijak al-Quran dan tangkap layar komen yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

“Saya memandang serius isu melibatkan tindakan seorang mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikaitkan dengan perbuatan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW serta kesucian Al-Quran.

“Perbuatan seperti ini bukan sahaja amat mendukacitakan, malah lebih sensitif apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan penahanan itu dan pelajar berkenaan direman empat hari.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan susulan ia berpotensi mencetuskan ketegangan, menjejaskan keharmonian serta merosakkan asas perpaduan yang sudah lama dibina dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Sehubungan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta pihak UMPSA untuk menjalankan siasatan dan menguruskan kes ini secara menyeluruh, telus dan berlandaskan undang-undang serta peraturan.

“Marilah kita bersama-sama memelihara semangat saling menghormati, memahami perbezaan serta menjunjung nilai kesopanan dan toleransi demi kesejahteraan negeri Pahang dan negara tercinta,” katanya.

Perbuatan tersebut sebelum ini tular di media sosial selepas lelaki itu didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Individu yang didakwa sebagai pelajar UMPSA kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.