nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerangka baharu pendaftaran SIM prabayar banteras penipuan dalam talian

26 FEB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memperkenalkan Penentuan Suruhanjaya mengenai Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Akhir Perkhidmatan Selular Awam Prabayar dalam usaha membanteras penipuan dalam talian.

Melalui satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata Standard Mandatori berkenaan memperkenalkan rangka kerja masa hadapan yang merangkumi pengesahan biometrik dan MyDigital ID bagi pendaftaran kendiri, penggunaan platform automatik selamat secara mandatori.

Ia bagi mengurangkan pendaftaran palsu serta kawalan lebih ketat bagi pendaftaran bukan warganegara termasuk pengesahan pasport berasaskan biometrik.

Langkah itu selaras dengan peruntukan Seksyen 55 dan 104(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Pengeluaran Standard Mandatori ini merupakan langkah pengawalseliaan penting bagi menutup ruang penyalahgunaan pendaftaran prabayar yang sering dieksploitasi untuk penipuan dalam talian dan penyamaran identiti.

“Peruntukan yang telah diperkukuh ini diperkenalkan bagi meningkatkan perlindungan pengguna dengan mencegah penyalahgunaan identiti, penipuan serta penggunaan kad SIM tanpa kebenaran, selain memastikan perkhidmatan mudah alih kekal mudah diakses juga selamat untuk semua pengguna,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Pada masa yang sama, MCMC menegaskan pelaksanaan Standard Mandatori itu mengambil kira keseimbangan antara keperluan keselamatan, kemudahan akses pengguna serta perlindungan data peribadi.

Antara langkah perlindungan berfokuskan kepada pengguna yang diperkenalkan adalah had pemilikan kepada lima kad SIM sementara bukan warganegara hanya dua kad SIM bagi setiap penyedia perkhidmatan.

Selain itu, ia juga menetapkan larangan pendaftaran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun manakala bagi remaja bawah umur (12 tahun hingga 17 tahun) perlu dilakukan ibu bapa atau penjaga.

Sementara itu, tempoh sah SIM pelancong dihadkan untuk penggunaan maksimum selama tiga bulan dengan penamatan secara automatik selepas tempoh tersebut.

MCMC berkata, penyedia perkhidmatan serta pengedar yang dilantik diingatkan untuk memastikan Standard Mandatori itu dilaksanakan sepenuhnya dan tepat pada masanya.

“Sebarang ketidakpatuhan akan dikenakan tindakan pengawalseliaan demi mewujudkan ekosistem komunikasi yang lebih selamat dan terjamin.

“MCMC turut menasihatkan pengguna supaya mendaftar kad SIM prabayar hanya melalui penyedia perkhidmatan berlesen serta pengedar yang dibenarkan dan sentiasa berwaspada terhadap saluran pendaftaran yang tidak sah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.