19 MAC : Arab Saudi bakal menyambut 1 Syawal bagi merayakan sambutan Aidilfitri esok, menurut Saudi Press Agency.
Pengesahan itu dibuat melalui kenyataan media rasmi negara itu.
Pengisytiharan itu sekaligus menjadikan bulan puasa tahun ini genap 30 hari.
“Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Khamis, adalah hari melengkapkan 30 hari bulan Ramadan dan Jumaat adalah hari pertama Aidilfitri yang diberkati,” menurut laporan agensi tersebut pada lewat malam Rabu.
Penentuan tarikh Aidilfitri dibuat berdasarkan cerapan anak bulan, selaras dengan kalendar Islam.
Arab Saudi mula menyambut 1 Ramadan pada 18 Februari lalu.
*FOTO : FACEBOOK VISITORS SAUDI