28 MAC : Rusia akan mengenakan larangan eksport petroleum bermula 1 April 2026.
Moscow dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak sudah mengarahkan Kementerian Tenaga untuk merangka dekri kerajaan untuk larangan itu.
Xinhua yang memetik agensi berita TASS melaporkan larangan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Julai.
Langkah itu diambil bagi menstabilkan harga dan memastikan bekalan untuk pasaran dalam negara susulan konflik di Asia Barat yang terus memuncak.