nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jimat tenaga bangunan kerajaan, penyaman udara minimum 24 darjah celcius

2 APR : Kerajaan melaksanakan langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional dengan kawalan penggunaannya di bangunan kerajaan yang diperketatkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata suhu penyaman udara ditetapkan pada minimum 24 darjah Celsius dan penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan.

“Pertama, pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam akan dimulakan secara berperingkat bermula 15 April, bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan kesesakan mobiliti harian.

“Kedua, kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan. Suhu penghawa dingin ditetapkan pada minimum 24 darjah Celsius dan penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukan berlebihan.

“Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemah,” katanya ketika menyampaikan taklimat, hari ini.

Pada sesi sama, Fadillah berkata kerajaan komited untuk terus memberikan kemas kini secara berkala dan telus.

Katanya, rakyat berhak mengetahui langkah yang diambil dan kerajaan akan terus berkomunikasi dengan jelas tanpa menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu.

“Saya juga ingin menegaskan, selaras dengan mesej Perdana Menteri semalam, agar semua pihak tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan terus memastikan bekalan terjamin, bekerjasama rapat dengan industri dan membendung tekanan kenaikan harga sedaya upaya.

“Namun, kejayaan kita dalam mengharungi krisis ini juga bergantung kepada peranan semua pihak,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat dan komuniti perniagaan untuk bersama kerajaan dalam menggunakan tenaga secara berhemah, mengelakkan pembaziran serta memastikan setiap penggunaan adalah perlu dan efisien.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti ini, kekuatan kita terletak pada disiplin, kerjasama dan keyakinan bersama.

“Dengan usaha bersama, insya-Allah Malaysia akan terus kekal stabil dan berdaya tahan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.