nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarik sokongan di Negeri Sembilan, 14 ADUN BN bertindak sendiri

27 APR : Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun merupakan keputusan mereka sendiri.

Demikian kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kemelut politik di Negeri Sembilan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, kepimpinan parti peringkat nasional akan meneliti keputusan 14 ADUN itu.

“Kita melihat bahawa perkembangan yang berlaku di Negeri Sembilan adalah masalah di negeri berkenaan. Kita harus membezakan tentang sistem adat yang ada.

“Keputusan yang dibuat oleh ADUN UMNO di Negeri Sembilan adalah keputusan mereka sendiri.

“Kepimpinan UMNO dan BN di peringkat nasional akan meneliti dan melihat apakah implikasi politik dijangka berlaku daripada keputusan yang mereka telah umumkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Wawancara Eksklusif Bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan UMNO Negeri Sembilan pada bila-bila masa bagi membincangkan perkara berkenaan.

Namun katanya, sistem UMNO pada kebiasaannya menghormati keputusan dibuat perhubungan UMNO negeri atau ADUNnya.

“Perkara ini akan dirujuk dan kita akan memutuskan apabila ia dibawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya mempunyai waktu yang sangat terbuka untuk mereka dan mereka boleh datang bertemu dengan saya bila-bila masa. Pada hari ini atau selepas ini,” katanya.

Menyentuh soal Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan soal negeri itu.

Pagi tadi, 14 ADUN BN mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata mereka kecewa terhadap isu yang melibatkan krisis perlembagaan Negeri Sembilan apabila tiada wakil UMNO-BN dalam barisan Exco dilibatkan atau dimaklumkan tentang krisis tersebut.

DUN Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi dengan BN mewakili 14 kerusi, Pakatan Harapan 17 kerusi (DAP 11, PKR 5 dan Amanah 1) yang membentuk Kerajaan Perpaduan sementara pembangkang 5 kerusi iaitu PAS 3 dan Bersatu 2.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.