2 MEI : Seramai 31 aktivis Flotila Global Sumud (GSF) 2.0 dilaporkan cedera ketika ditahan Israel di perairan antarabangsa.
Jawatankuasa GSF memaklumkan, aktivis yang cedera melibatkan aktivis dari pelbagai negara.
Antaranya dari New Zealand, Australia, Itali, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Belanda, Sepanyol, United Kingdom, Colombia, Jerman, Hungary, Ukraine, Perancis, Poland dan Portugal.
Terdapat seorang aktivis yang cedera memiliki dwi kewarganegaraan Turkiye dan Jerman sementara usaha untuk mengenal pasti tiga lagi penumpang sedang dibuat.
Menurut kenyataan berasingan, GSF memaklumkan aktivis yang ditahan diberi layanan buruk di atas kapal tentera laut Israel selama hampir 40 jam.
Menurutnya, tahanan sengaja tidak diberikan bekalan air dan makanan yang mencukupi serta dipaksa tidur di atas lantai yang basah.
Kapal-kapal misi GSF itu diserang tentera rejim zionis berhampiran pulau Crete di Greece kira-kira 600 batu nautika dari Gaza.