nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak guna Akta Hasutan tutup mulut pengkritik politik

5 MEI : Kerajaan MADANI tidak menggunakan Akta Hasutan untuk menutup mulut pengkritik-pengkritik politik seperti yang didakwa.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata akta itu digunakan pihak polis sepenuhnya atas aspek keselamatan mengikut kewajaran kes bukan atas arahan sesiapa.

“Tak betul. Kalau nak dibandingkan sesiapa nak buat perhimpunan aman tidak akan berhadapan dengan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan), gas pemedih mata, disembur air dan sebagainya seperti zaman dulu. Dah tak ada dah. Zaman itu sudah berlalu.

“Pada masa sama untuk aspek keselamatan bukan isu politik, kita serah kepada polis untuk melaksanakan tugas. Selagi mana undang-undang itu ada, ia akan digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Tanya-Jangan Sentap! siri ke-7 yang disiarkan di media sosial Hello Malaysia, malam tadi.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan akta itu digunakan bagi isu-isu yang menyentuh raja-raja Melayu, agama dan kaum (3R) sahaja.

“Cuma Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) beri panduan, jangan gunakan Akta Hasutan kepada pengkritik politik tapi sekiranya menyentuh peribadi sultan, raja-raja Melayu, agama dan kaum itu elemen-elemen menghasut yang memporak-perandakan, merosakkan keharmonian dan perpaduan masyarakat.

“Maka polis wajar mengambil tindakan berlandaskan undang-undang. Ada seorang wanita baru-baru ini ditahan bawah Akta Hasutan kerana memanggil kerajaan menggunakan perkataan yang sangat-sangat tidak baik. Dia bukan terlalu vokal tapi mungkin emosi dan polis merasa ada kewajaran (dakwa bawah Akta Hasutan),” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan Anwar tidak pernah mengganggu proses siasatan yang berlaku melibatkan mana-mana agensi di negara ini.

“Sebagai seorang anggota pentadbiran saya boleh terus-terang katakan sebenarnya pm hari ini sangat tidak mengganggu proses siasatan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ke polis ke…ramai orang ingat perdana menteri call minta diambil tindakan, call untuk memutuskan hakim dalam kes sekian-sekian, call untuk meneruskan perbicaraan…sebenarnya pm tidak (buat).

“Itu sebab dalam kes-kes tertentu seperti kes saman tanah di Semantan, kenapa kalah? Sebab perdana menteri tak call. Kalau tak, boleh saja. Tapi tidak, macam dikatakan pernah berlaku zaman dulu-dulu, perdana menteri (Anwar) tidak,” katanya.

Selain itu, beliau berkongi pandangan bahawa Anwar yang juga Menteri Kewangan cuba untuk menetapkan satu rentak dan ritma yang baharu di mana isu politik dijawab secara politik sementara isu melibatkan ketenteraman awam, keselamatan khalayak umum, perpaduan negara juga institusi raja-raja Melayu tidak boleh disentuh.

‘Jadi masih nampak ada keperluan undang-undang tertentu untuk menjamin aspek keselamatan inI,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.