nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah benar Majlis Peguam cabar keputusan DNAA Zahid

7 MEI : Majlis Peguam mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan Peguam Negara yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akal Budi.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Faizah Jamaludin meutuskan permohonan Badan Peguam itu bukan sesuatu yang remeh dan wajar didengar pada peringkat substantif.

“Cabaran itu bukanlah sesuatu yang remeh dan ia membangkitkan isu-isu yang boleh dipertikaikan.

“Ini adalah suatu kes yang wajar, jarang berlaku dan luar biasa dan ia mewajarkan satu pendengaran semakan kehakiman penuh berdasarkan merit.

“Kebenaran diberikan kepada perayu untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara yang dipertikaikan. Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Jun 2024 diketepikan,” katanya.

Beliau turut berkata kes itu akan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran substantif semakan kehakiman.

Turut bersidang, hakim Datuk Dr Lim Hock Leng dan Datuk Nadzarin Wok Nordin.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman tersebut atas alasan ia tidak memenuhi syarat ambang bagi semakan kehakiman.

Kes Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri diputuskan DNAA pada 4 September 2023 membabitkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram bagi dana yayasan berkenaan.

Peguam Negara ketika itu memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.