nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga minyak turun mulai hari ini hingga 3 Jun

28 MEI : Harga runcit bahan api di Semenanjung turun antara 10 sen hingga 20 sen bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026.

Namun Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan penurunan harga itu tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global sudah reda.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi minggu ini diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

“Namun begitu, penurunan ini tidak menandakan tekanan pasaran petroleum global telah reda kerana ketidaktentuan pasaran susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu masih berterusan.

“Harga RON97 RM4.65 seliter (turun 20 sen), RON95 RM3.92 seliter (turun 15 sen) dan diesel di Semenanjung Malaysia RM4.87 seliter (turun 10 sen),” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut MoF, harga minyak mentah Brent mutakhir ini kekal melepasi AS$100 setong iaitu lebih 50% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar AS$60 hingga AS$70 setong.

Keadaan itu kata MoF turut disertai peningkatan kos penghantaran dan premium insurans akibat risiko laluan perdagangan di zon konflik.

“Sejak konflik tercetus pada 28 Februari 2026, risiko gangguan bekalan minyak global terus menjadi perhatian pasaran memandangkan Selat Hormuz merupakan laluan bagi kira-kira 20% bekalan petroleum dunia.

“Dalam masa sama, kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan tempoh yang panjang untuk dipulihkan,” menurut MoF.

Justeru itu dalam keadaan pasaran global yang kekal tidak menentu, MoF berkata Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat melalui perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu bagi membantu memanjangkan bekalan negara.

Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI katanya terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu.

“Di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95), Kerajaan MADANI terus mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter bagi lebih 14 juta penerima yang layak.

“Lebih 90% daripada jumlah liter RON95 yang digunakan di negara ini adalah oleh pengguna yang menerima subsidi.

“Pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.92 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM784. Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung RM386 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95.

“Dengan siling kelayakan bulanan sehingga 200 liter, penerima BUDI95 hanya membayar sehingga RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut,” menurut MoF.

Selain itu, bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat, MoF berkata Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.