nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktivis GSF cedera, kerajaan desak siasatan menyeluruh, bebas

28 MEI : Kerajaan mendesak agar siasatan menyeluruh, bebas dan telus segera dilaksanakan terhadap insiden layanan kasar ke atas rakyat Malaysia serta aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Kerajaan MADANI kekal tegas dan tidak akan berkompromi dalam soal melindungi keselamatan, kebajikan serta hak rakyat Malaysia di luar negara selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya amat prihatin apabila timbul dakwaan melibatkan layanan fizikal yang kasar, unsur intimidasi serta penafian hak-hak asas terhadap aktivis yang terlibat.

“Saya difahamkan pelbagai pihak termasuk organisasi hak asasi manusia dan wakil perundangan kini sedang mengumpulkan testimoni serta bukti berkaitan insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan turut menuntut supaya kebajikan, maruah dan hak perundangan semua aktivis yang ditahan dihormati serta dilindungi sepenuhnya.

Saifuddin berkata kerajaan juga menyeru agar usaha diplomatik diteruskan secara konsisten bagi mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan antarabangsa.

Beliau berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan perkara ini secara rapat dan memastikan kepentingan serta keselamatan rakyat Malaysia sentiasa diberikan keutamaan.

Terdahulu, seorang daripada 28 rakyat Malaysia antara peserta misi GSF 2.0 yang ditahan Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza dilaporkan cedera akibat dipukul tentera rejim itu.

 Mangsa, Razman Mat Ali kini masih dirawat di hospital di Istanbul, Turkiye akibat paru-paru bocor selepas ditumbuk tentera Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.