KENYATAAN MEDIA
BARISAN NASIONAL
Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional (BN) yang berlangsung hari ini di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah menzahirkan iltizam dan kesepakatan kepimpinan BN dalam memperkukuh parti, menjamin kestabilan politik negara serta merangka strategi terbaik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sejajar dengan semangat tersebut, mesyuarat telah memutuskan beberapa ketetapan utama yang akan menjadi panduan gerak kerja dan hala tuju Barisan Nasional pada masa kini dan masa hadapan.
1 PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi fokus utama BN, dengan seluruh jentera parti digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan kemenangan.
2 BN akan terus memperkukuh kesatuan parti komponen BN dan Friends of BN demi menjamin kestabilan politik dan membina pentadbiran yang diyakini rakyat.
3 BN memuktamadkan pendirian untuk bertanding menggunakan logo dacing dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.
4 Mesyuarat juga bersetuju dengan Keahlian Terus BN (BN Direct Membership) bagi menarik penyertaan golongan profesional, anak muda dan masyarakat keseluruhannya berdasarkan Fasal 6.4 Perlembagaan Barisan Nasional.
5 BN komited mendukung Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal demi memastikan kestabilan negara, keyakinan pelabur dan kelangsungan agenda pembangunan.
DATUK SERI ZAMBRY ABD KADIR
SETIAUSAHA AGUNG BN