nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Transaksi saham Azam Baki tidak didedah kepada umum

8 JUL : Transaksi pembelian saham bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM, Tan Sri Azam Baki dan tempoh jumlah pegangan saham itu melebihi RM100,000 tidak akan didedahkan kepada umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dokumen itu dilindungi di bawah peruntukan undang-undang.

“Berhubung permintaan Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan senarai transaksi pembelian saham serta tempoh pegangan yang melebihi nilai tertentu, maklumat yang diminta merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan, maklumat peribadi serta perisytiharan harta yang dilindungi di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan tidak menjadi dokumen awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiar laman web Parlimen.

Azalina menjawab soalan dikemukakan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang meminta perdana menteri menyenaraikan transaksi pembelian saham Azam Baki dari tahun 2012 hingga 2026 serta menyatakan tempoh masa apabila jumlah pegangan saham melebihi RM100,000.

Menurut Azalina, isu berhubung pemilikan dan perisytiharan harta termasuk pegangan saham Azam itu sudah diteliti Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan pada 13 Februari 2026.

Katanya, jawatankuasa tersebut sudah menyelesaikan siasatan secara bebas, telus dan profesional di mana hasil siasatan dibentangkan kepada jemaah menteri.

“Walau bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan bahawa semua aspek yang berkaitan termasuk pemilikan saham serta pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa sudah diteliti dalam siasatan tersebut dan tindakan yang sewajarnya diambil berdasarkan dapatan jawatankuasa.

“Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat sebarang perkembangan atau keputusan rasmi berkaitan perkara ini yang wajar dimaklumkan kepada umum, pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara sebagaimana kenyataan media yang dibuat pada 31 Mac 2026,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.