nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebenaran solat Jumaat di Musolla IOI Mall Putrajaya hanya sementara

10 JUL : Kebenaran mendirikan solat Jumaat di Musolla IOI City Mall, Putrajaya sudah diberikan sejak 6 September 2024 namun ia bersifat sementara.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata kebenaran itu juga mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“MAIS menjelaskan Musolla di IOI Mall Putrajaya tersebut terletak di dalam kompleks beli-belah IOI City Mall, Putrajaya yang terletak di daerah Sepang dan berada dalam pengawasan dan pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang di dalam Negeri Selangor. Kebenaran mendirikan solat Jumaat di Musolla IOI City Mall telah diberikan bermula 6 September 2024.

“Kebenaran solat Jumaat tersebut telah diputuskan oleh MAIS melalui Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebenaran tersebut akan terhenti selepas masjid baharu berdekatan pusat beli-belah itu siap dibina.

“MAIS sekali lagi menegaskan bahawa kebenaran solat Jumaat yang diberikan kepada Musolla IOI City Mall tersebut adalah bersifat sementara.

“ Kebenaran tersebut akan terhenti jika masjid baharu berhampiran premis tersebut telah dibina dan mampu memenuhi keperluan jemaah termasuk pekerja di premis tersebut untuk mendirikan solat Jumaat,” katanya.

Salehuddin berkata pihaknya mengambil kira beberapa faktor sebelum memberi kebenaran itu termasuk kedudukan lokasi pusat beli-belah berkenaan yang agak jauh dari masjid.

“Melalui pemeriksaan dan penelitian di lokasi ketika itu, didapati premis tersebut mempunyai ramai kakitangan dan pekerja lelaki beragama Islam di samping menerima pengunjung termasuk dari kalangan lelaki beragama Islam. Mereka berhadapan kesukaran untuk menunaikan solat Jumaat memandangkan kedudukan masjid yang agak jauh daripada premis tersebut.

“Masjid yang terdekat dengan premis berkenaan ialah Masjid Al-Mustaqim Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda yang terletak pada jarak lebih kurang 7.6 kilometer dan Masjid UNITEN, Kajang yang terletak pada jarak lebih kurang 7.7 kilometer.

“Kedua-dua masjid tersebut juga tidak mampu menampung jumlah ahli jemaah yang ramai ketika mendirikan solat Jumaat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.