6 OGOS : Angka pendaftaran keahlian baharu UMNO didakwa melonjak selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, Ahad lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kaedah pendaftaran secara dalam talian itu banyak menerima ahli baharu berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun.
“Luar biasa sambutan pendaftaran keahlian UMNO secara atas talian selepas PRN Negeri Sembilan ni.
“Kebanyakannya adalah anak-anak muda antara umur 18 hingga 25 tahun. Buat yang berminat boleh layari laman keahlian UMNO di: https://myumno.org/,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam hantaran itu, Asyraf Wajdi berkongsi pecahan data pendaftaran melibatkan 18,650 ahli baharu di mana 54 peratus (%) atau 10,080 kategori Pemuda diikuti 22% atau 4,156 ahli biasa.
Sementara 2,288 atau 12% adalah kategori Puteri dan 11% atau 2,126 kategori Wanita.
PRN Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) yang menjalin persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) menang 25 kerusi Dewan Undangan Negeri sekali gus merampas pentadbiran negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan negeri.
UMNO sebelum ini membuka pendafataran keahlian secara dalam talian yang menarik lebih banyak permohonan berbanding kaedah konvensional sebelum ini.