6 OGOS : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.
Menurut laporan Bernama, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau dijadual dihadapkan di hadapan Hakim Suzana Hussin jam 9 pagi.
Sebelum ini, Ismail Sabri beberapa kali hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu.
Dalam siasatan sama, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM170 juta membabitkan pelbagai mata wang asing selain menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan itu dibuat menerusi penggeledahan di beberapa lokasi termasuk kediaman serta pejabat yang dipercayai digunakan sebagai ‘rumah selamat’.
Tindakan itu susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025 atas dakwaan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.