nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH yakin DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan

13 OGOS : Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan memutuskan untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan pada Persidangan Kebangsaan DAP, Ahad ini.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau percaya DAP akan mengutamakan kepentingan negara, khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan kelangsungan kerajaan.

“Saya percaya kepemimpinan DAP mempunyai kebijaksanaannya sebagai parti yang sudah lama di negara ini.

“DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan yang sudah berjalan sangat baik ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang, hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata kira-kira 4,000 perwakilan parti itu akan menentukan kedudukan DAP dalam kerajaan pada persidangan berkenaan yang berlangsung pada 16 Ogos.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata DAP tidak mempunyai kewajipan untuk menjelaskan kepada PH berkait perkara itu.

“Tidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi penerangan kepada PH untuk membuat keputusan selari dasar dan pendekatan politik mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.