nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DKU, Undang Empat sudah siasat Tuanku Muhriz

18 SEPT: Antara pertikaian kenapa penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dianggap tidak sah adalah dakwaan tiada siasatan terhadap salah laku baginda sehingga Undang Empat mengambil keputusan menurunkan baginda.

Bagaimana pun, ramai tidak tahu bahawa siasatan terhadap Tuanku Muhriz sudah pun dijalankan dalam Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 5 Mac 2026, disusuli siasatan lanjutan oleh Undang Empat pada 19 April 2026.

Malah laporan hasil siasatan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong sebagai sembah maklum pada 26 Ogos 2026.

Pihak Undang Empat juga percaya senarai salah laku itu dalam makluman Peguam Negara.

Fakta ini jelas membuktikan Perkara 10 UUTKNS 1959 telah dipatuhi sebelum Proklamasi 19 April 2026 dikeluarkan.

Kesimpulannya, sudah ada siasatan salah laku terhadap Tuanku Muhriz yang selama ini tidak diketahui kerana belum didedahkan kepada umum oleh DKU mahu pun Undang Empat.

Sudah tentu ini bertujuan untuk menjaga ketertiban, keaiban serta maruah Tuanku Muhriz serta institusi istana Negeri Sembilan serta Undang Empat.

Berikut kenyataan balas Undang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin terhadap kenyataan media Jabatan Peguam Negara:

KENYATAAN MEDIA

Bantahan terhadap kenyataan media Jabatan Peguam Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 17 September 2026: Proses Siasatan (enquiry) Terhadap Mantan YDPB ke-11 Telah Sedia Dijalankan Selaras Perkara 10 UUTKNS 1959

Merujuk kepada Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara (JPN) bertarikh 17 September 2026 berhubung keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan menerima Proklamasi di bawah Perkara 10 bagi penurunan takhta DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, khususnya dakwaan bahawa “setakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan [Perkara 10 UUTKNS 1959] telah dipatuhi”, kami ingin menjelaskan seperti yang berikut.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara itu amat mengelirukan kerana memberi gambaran bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN) bertindak secara salah menurunkan takhta DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Sebaliknya, keputusan penurunan takhta itu dibuat oleh Undang Yang Empat di bawah kuasa prerogatif mereka dan Perkara 10(2) UUTKNS turut mensyaratkan Menteri Besar menandatangani Proklamasi tersebut. Tindakan EXCO menerima Proklamasi tersebut sepatutnya dihargai oleh Jabatan Peguam Negara kerana menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan.

Dalam pada itu, pihak kami berpandangan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak berhak mencampuri hal ehwal dalam Negeri Sembilan dan sepatutnya tidak bertindak menjadi hakim untuk mempertikai keputusan MMKN.

Untuk mengelakkan kekeliruan rakyat, pihak kami ingin menegaskan bahawa proses penyiasatan berhubung salah laku mantan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sudah dijalankan dalam mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 5 Mac 2026, dan disusuli dengan siasatan lanjutan oleh YTMUndang Yang Empat pada 19 April 2026.

Laporan siasatan yang membutirkan salah laku baginda turut dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Ogos 2026 sebagai sembah maklum. Pihak kami percaya bahawa senarai salah laku itu juga dalam makluman Tan Sri Peguam Negara.

Kerajaan negeri wajib mematuhi arahan ‘Government of the day’ bukan menerima arahan daripada pihak luar yang tidak berkenaan dengan pentadbiran negeri. Dalam pada itu, pihak kami ingin menegaskan bahawa pewartaan Proklamasi itu bukanlah syarat kepada keabsahan Proklamasi tetapi Proklamasi di bawah Perkara 10(2) menjadi sah dan sempurna apabila semua penandatangan telah menurunkan tandatangan dan tidak disyaratkan pengwartaan di bawah UUTKNS.

Usah dikusut yang telah selesai
Usah dikusut yang telah kusut Selesaikan kusut yang telah kusut Peliharalah kusut yang telah selesai Kusut pencak segala kacau Selesai puncak segala aman .

SEKRETARIAT
MAJLIS YTM UNDANG YANG EMPAT DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.