28 SEPT : Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disahkan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.
Berita duka itu disahkan anak Allahyarham, Tan Sri Mokhzani Mahathir kepada Bernama, sebentar tadi.
Allahyarhamah baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.
Tun Siti Hasmah meninggalkan suami serta tujuh anak.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tersebut dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Selain itu, baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.