nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ketegangan kembali memuncak, Korea Utara lancar peluru berpandu

3 OKT : Ketegangan di Semenanjung Korea kembali menjadi perhatian apabila Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan di luar pantai timurnya pada Sabtu.

Pelancaran itu dikesan tentera Korea Selatan sekitar 6.30 pagi waktu tempatan dari kawasan Wonsan, dengan peluru berpandu berkenaan dilaporkan bergerak lebih 700 kilometer sebelum berakhir di laut.

Jenis peluru berpandu yang digunakan belum dikenal pasti, namun Pengawal Pantai Jepun turut mengesahkan objek berkenaan dipercayai peluru berpandu balistik dan disahkan jatuh ke laut.

Jepun kemudian mengeluarkan amaran kepada kapal yang berada di kawasan berkenaan supaya berwaspada.

Di Seoul, tentera Korea Selatan meningkatkan tahap pemantauan bagi mengesan kemungkinan pelancaran susulan, selain bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun dalam perkongsian maklumat risikan.

Pejabat Presiden Korea Selatan turut memaklumkan Majlis Keselamatan Negara mengadakan mesyuarat tergempar bagi menilai perkembangan terbaharu itu.

Pelancaran tersebut berlaku ketika hubungan Pyongyang dan Seoul kembali tegang susulan pertikaian mengenai insiden letupan periuk api di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang mencederakan dua anggota tentera Korea Selatan.

Sehari sebelum pelancaran itu, Kim Yo Jong, adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menolak tuntutan Seoul supaya Pyongyang memohon maaf atas insiden berkenaan.

Korea Selatan sebelum ini mendakwa periuk api yang dipasang Korea Utara menjadi punca letupan ketika anggota tenteranya menjalankan misi peninjauan di kawasan sempadan berkubu itu.

Hubungan kedua-dua negara sememangnya berdepan ketegangan berpanjangan, khususnya selepas Korea Utara mengambil pendirian lebih keras terhadap Korea Selatan dan tidak lagi menjadikan penyatuan semula sebagai matlamat nasional.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.