nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN yakin PAS guna logo sendiri pada PRN Melaka

4 OKT : Barisan Nasional (BN) yakin PAS lebih selesa menggunakan logo parti itu sendiri sekiranya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berdasarkan pendekatan yang digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu bagaimanapun masih belum dibincangkan secara rasmi antara kedua-dua parti.

“Penggunaan logo itu belum diperbincangkan secara rasmi tetapi saya yakin jika PAS bertanding, mereka lebih selesa menggunakan logo mereka sendiri sebagaimana yang digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Kami tidak ada masalah kalau mereka mahu menggunakan logo yang mereka akan kemukakan kerana itu adalah soal parti mereka.

“Tetapi tentunya BN dan rakan-rakan gabungan dalam parti BN akan tetap menggunakan logo kami,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam berkait penggunaan logo pada PRN Melaka.

Setakat ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, perbincangan dengan pihak lain dalam rangka menjalin kerjasama pada PRN Melaka berada pada tahap ‘9.5 daripada 10’.

Menurutnya, bentuk kerjasama itu kelak akan ditentukan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 7 Oktober ini.

“Selepas itu akan ada pengumuman untuk memuktamadkan dengan gabungan mana yang harus kita bekerjasama atau mengadakan jalinan kesefahaman untuk kita bergerak dalam PRN nanti.

“Kita masih terbuka dengan perbincangan, kami sangat terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN sudah merancang untuk menggerakkan jentera gabungan itu bagi memastikan gelombang biru di Melaka benar-benar dapat diterjemahkan untuk menjadi satu gelombang yang akhirnya akan mara ke seluruh negara apabila tiba waktunya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.