nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Melaka perkukuh ekonomi, tarik pelaburan RM28.96b dalam 3 tahun

9 OKT : Ketidaktentuan ekonomi global tidak menghalang Melaka memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan dengan pelbagai langkah dilaksanakan sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Dari 2023 hingga 2025, negeri itu merekodkan 723 projek dengan jumlah pelaburan tempatan dan antarabangsa sebanyak RM28.96 bilion yang diunjurkan mewujudkan 25,100 peluang pekerjaan.

Pencapaian itu disokong pendekatan yang bukan sekadar menumpukan usaha menarik pelabur, malah memperkemas urusan tanah, memendekkan proses kelulusan projek serta menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan logistik bagi memenuhi keperluan industri.

Antara perubahan utama ialah pelaksanaan Melaka Industrial Booster (MIB) pada 2023 sebagai pusat sehenti bagi memudahkan urusan pelabur.

Menerusi inisiatif itu, proses permohonan kelulusan pelan pemajuan di peringkat pihak berkuasa tempatan dipendekkan daripada 12 kepada enam peringkat, manakala tempoh pemprosesan dikurangkan daripada 180 hari kepada 30 hari.

MIB turut membantu menyelaras permohonan projek bernilai pelaburan melebihi RM400 juta dengan penglibatan 29 agensi kerajaan dan pada masa sama, Invest Melaka diperkasakan sebagai pusat pemudah cara serta pembangunan pelaburan, manakala Sekretariat MIB menjadi titik hubungan utama bagi urusan kemudahan pelaburan.

Bagi memastikan pertumbuhan industri disokong bekalan tanah yang mencukupi, Melaka merancang pembangunan tiga kawasan perindustrian berteknologi tinggi, iaitu MCorp Hi Tech Park seluas 5,000 ekar, German Technology Park (900 ekar) dan Elkay 2.0 Jasin (601.7 ekar).

Kementerian Ekonomi sebelum ini meluluskan RM4.4 juta bagi kerja-kerja awalan pembangunan ketiga-tiga kawasan itu yang dirancang untuk memenuhi keperluan pelabur serta membuka peluang kerjasama industri pada peringkat global.

Selain penyediaan tanah, kerajaan negeri turut memperkukuh pengurusan hasil bagi memastikan kedudukan kewangan Melaka terus terpelihara di mana hasil tanah menyumbang 63 peratus daripada kutipan hasil negeri, menjadikan kecekapan pengurusan sumber itu antara aspek penting dalam menyokong pembangunan.

Bagi tempoh 2023 hingga Februari 2026, kutipan tunggakan cukai tanah dan petak mencapai RM28.6 juta, manakala RM8.8 juta diberikan dalam bentuk diskaun.

Kerajaan negeri turut memperkenalkan kemudahan seperti Sistem e-Tanah menerusi kerjasama awam swasta serta diskaun lima peratus bagi bayaran premium tanah yang diterima dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh Borang 5A dikeluarkan.

Dalam masa sama, pembangunan ekonomi diperluas melalui projek yang menyokong industri halal, maritim dan logistik.

Melaka Halal Hub 2.0 bernilai RM35 juta, misalnya, dibangunkan di kawasan seluas 47 ekar dengan 64 lot bangunan industri dan 17 lot tapak industri, serta dijangka siap pada 2027.

Projek itu berpotensi menarik pelaburan sehingga RM100 juta dan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan, selain menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pelabur strategik serta 45 usahawan tempatan.

Sektor maritim pula bakal menerima manfaat menerusi projek Enrique of Malacca Shipyard di Klebang yang menumpu kepada pembinaan kapal serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) membabitkan kos pembangunan RM180 juta dengan unjuran nilai pembangunan RM1.8 bilion dan berpotensi menyediakan 1,500 pekerjaan.

Keupayaan logistik negeri turut diperkukuh menerusi pembangunan Melaka Inland Port (MIP) di Mukim Taboh Naning, Alor Gajah, melibatkan kawasan seluas 52.892 hektar dan nilai pembangunan kasar RM230.8 juta.

Terletak berhampiran Stesen Keretapi Pulau Sebang, projek itu merupakan sebahagian daripada MCorp Hi-Tech Park dan dirancang bagi menyokong ekosistem pengangkutan serta pergerakan barangan di mana kerajaan negeri melalui MCORP memegang 12.5% ekuiti.

Melaka turut melihat potensi pertumbuhan melalui kerjasama ekonomi merentas sempadan negeri seperti dicadangkan iaitu Zon Ekonomi Anjung Selatan (ZEAS) melibatkan Negeri Sembilan dan Johor yang memberi tumpuan kepada sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian.

Antara projek utama yang dikenal pasti bagi menyokong cadangan itu ialah West Coast Expressway (WCE), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), zon ekonomi tiga negeri serta Jelapang Padi Anjung Selatan.

Kerjasama menerusi Kluster Perindustrian Wilayah Tengah yang melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur pula bertujuan memperkukuh rantaian bekalan, logistik, makmal pengujian, institusi pengajian tinggi serta jaringan inovasi.

Pertumbuhan ekonomi turut perlu diseimbangkan dengan usaha meringankan beban rakyat, sehubungan itu, kerajaan negeri menghapuskan caj perkhidmatan serta denda lewat bayar cukai pintu dengan implikasi kewangan sebanyak RM5.5 juta bagi membantu pemilik hartanah memenuhi tanggungjawab kewangan mereka.

Secara keseluruhan, pencapaian pelaburan Melaka sepanjang tiga tahun itu mencerminkan usaha membina asas ekonomi yang lebih kukuh, daripada penambahbaikan urusan pelaburan dan pengurusan hasil hingga pembangunan industri serta jaringan logistik.

Cabaran seterusnya ialah memastikan pertumbuhan berkenaan diterjemahkan kepada manfaat yang lebih meluas melalui peluang pekerjaan berkualiti, penyertaan usahawan tempatan dan pengukuhan rantaian bekalan, sekali gus membantu Melaka terus berkembang ketika landskap ekonomi global berdepan ketidaktentuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.