nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Alamat sama dikongsi 1,000 penduduk, cetus idea Kampung Digital

9 OKT : Bayangkan sebuah kampung dengan kira-kira 1,000 penduduk menggunakan alamat yang sama.

Surat sukar dicari, penghantaran boleh tersasar, malah lokasi tepat untuk bantuan kecemasan juga menjadi persoalan.

Situasi itu bukan asing bagi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membesar di Kampung Pulau, Masjid Tanah, malah masih menggunakan alamat kediaman yang dikongsi penduduk lain meskipun kini menerajui pentadbiran negeri.

Pengalaman itu mencetuskan idea beliau memperkenalkan Kampung Digital, satu inisiatif rintis di Melaka bagi memudahkan pengesanan kediaman penduduk serta memperkemas penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Kampung Digital adalah satu produk terbaharu di Malaysia ini. Ia merupakan satu projek rintis yang dimulakan di Melaka berdasarkan kepada kehidupan saya.

“Saya lahir di kampung, dibesarkan di kampung dan selepas saya menjadi Ketua Menteri, alamat rumah saya masih dikongsi iaitu Batu 21, Kampung Pulau, Masjid Tanah.

“Alamat ini dikongsi oleh seluruh penduduk Kampung Pulau dalam Batu 21. Ada kira-kira 1,000 orang dan ini menyukarkan pengesanan alamat bagi tujuan surat-menyurat, penghantaran dan sebagainya,” katanya, lapor Melaka Hari Ini.

Bagi mengatasi masalah itu, Ab Rauf berkata, sistem alamat tradisional perlu ditambah baik supaya kediaman setiap penduduk dapat dikenal pasti dengan lebih tepat.

Menerusi Kampung Digital, setiap rumah diberikan nombor khusus, dengan nombor genap di sebelah kanan dan nombor ganjil di sebelah kiri. Lorong di kampung juga diberikan nama baharu bagi memudahkan urusan mencari lokasi.

“Jadi saya mengambil langkah supaya mendigitalkan kampung ini dengan memberikan nombor rumah, sebelah kanan nombor genap dan sebelah kiri nombor ganjil, manakala semua lorong diberikan nama baharu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelaksanaannya memerlukan masa kerana penduduk perlu memahami dan membiasakan diri dengan sistem baharu itu.

Menurutnya, perubahan berkenaan bukan sekadar menukar nombor rumah atau nama lorong, sebaliknya membabitkan usaha mengubah sistem alamat lama kepada kaedah lebih praktikal dan sesuai dengan keperluan semasa.

“Pastinya tidak semudah yang kita lihat, ia mengambil masa lama untuk memberitahu bahawa sistem Kampung Digital ini memberi faedah jauh lebih besar daripada kita menggunakan sistem alamat selepas penjajah.

“Alamat batu ini adalah alamat selepas penjajah. Umpamanya kalau kita memanggil telefon kecemasan, macam mana bomba nak datang, macam mana ambulans nak datang, macam mana polis nak datang,” katanya.

Ab Rauf berkata, sistem berkenaan membolehkan lokasi kediaman direkodkan dengan lebih tepat, sekali gus membantu agensi berkaitan mengenal pasti destinasi dengan lebih mudah ketika menerima panggilan kecemasan atau melaksanakan tugas penghantaran dan perkhidmatan kepada penduduk.

Bagi beliau, pengalaman yang bermula daripada masalah alamat di kampung sendiri itu menjadi asas kepada usaha membangunkan sistem yang bukan sahaja memudahkan urusan harian penduduk, malah berpotensi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.