nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: BN umum calon 28 Oktober ini

17 OKT : Barisan Nasional bakal mengumumkan senarai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 28 Oktober ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kesemua calon yang terpilih akan membawa amanah perjuangan dengan sasaran memastikan parti itu terus menguasai negeri berkenaan.

“Insya-Allah saya akan buat pengumuman calon 28 Oktober. Siapa juga yang tercalon, itulah calon yang akan membawa obor perjuangan. Berazam untuk menang, berazam untuk tidak mampu kalah sekali lagi.

“Cukuplah sekali dan kita tidak berbalik lagi. Pastinya, pilihan raya kali ini, UMNO dan BN kembali untuk membela rakyat Melaka, demi rakyat, untuk rakyat dan wakil rakyat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu, malam ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka menyeru jentera BN supaya bangkit dan bekerja keras bagi merampas semula kerusi yang terlepas pada pilihan raya lalu.

“Jangan orang Tangga Batu sudah jatuh ditimpa tangga. Jangan kita jatuh lagi sekali, jangan kita rebah lagi sekali. Kita bangkit dengan semangat perjuangan.

“Kita pastikan DUN (Dewan Undnagan Negeri) Sungai Udang kembali kepada BN. Kita pastikan DUN Pantai Kundor…jangan cuba datang nak porak-perandakan Pantai Kundor,” katanya.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap peluang rakan kerjasama BN di Paya Rumput memenangi DUN tersebut sekaligus membantu gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

“Insya-Allah Paya Rumput akan bersama-sama kita untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya tanpa menyebut rakan tersebut.

Dalam pada itu, Ab Rauf mengingatkan jentera parti supaya memberi tumpuan kepada usaha mendekati rakyat dan mengetengahkan rekod kerja, bukannya memburukkan pihak lawan atau menggunakan pendekatan berunsur ugutan.

“Macam mana cara kita nak menang? Cara kita. Kita tak perlu burukkan orang, kita tak perlu nak tangkap orang. Kita berjuang di atas sifat kaki kita memijak bumi Melaka dan langit bumi Melaka yang kita junjung ini.

“Tak perlu cerita, tak perlu ugut…pelbagai kaedah akan digunakan dalam tempoh pilihan raya ini. Pelbagai cara digunakan untuk melemahkan kekuatan kita. Jadi kita kena kuat. Walau kita ditempuh onak dan duri, patah sayap bertongkatkan paruh, kita tetap berjuang membela kekuatan UMNO dan BN.

“Kita berazam, bumi Melaka ini bukan bumi fitnah, bumi Melaka ini bukan bumi hasutan, bumi Melaka ini bukan bumi kebencian,” katanya.

Tegasnya, sokongan rakyat perlu diraih menerusi usaha dan sumbangan yang dapat dilihat, bukan dengan serangan peribadi terhadap pihak lawan.

Sebelum ini, Ab Rauf diberikan mandat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan rundingan dengan parti politik yang berminat menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.

Antara perkara yang menjadi perhatian ialah kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di mana Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam mengesahkan sebahagian besar rundingan agihan kerusi dengan BN sudah selesai sekali gus memberi gambaran kerjasama BN-PN sekali lagi bakal terjalin selepas di Negeri Sembilan dan Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.