nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sepatutnya pertikai masa dalam kerajaan, PM tegur Rafizi

20 OKT : Ketika ada kuasa, mengapa tidak bertindak? Persoalan itu dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mempersoalkan tindakan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang membangkitkan isu jenayah korporat selepas tidak lagi berada dalam kerajaan.

Anwar berkata, sebarang usaha membetulkan salah laku perlu dilakukan ketika masih berkuasa di dalam kerajaan dan bukannya hanya ‘berbunyi’ selepas meninggalkan jawatan.

“Tapi yang menariknya, kadang-kadang orang itu semasa dia menteri, tak pernah bercakap.

“Sebab itu saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya di jemaah menteri. Nak guna kuasa dengan baik, nak betulkan, betulkan masa ada kuasa.

“Esok bila dah pencen atau terkeluar (daripada jemaah menteri) atau jadi pembangkang baru nak meluahkan padahal dia duduk sini dahulu,” katanya pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah berkaitan isu mafia korporat, seperti yang dibangkitkan dalam program audio siar kendalian Rafizi.

Mengulas dakwaan itu, Anwar menyifatkan dakwaan bayaran RM9.5 juta berkenaan sebagai kenyataan politik yang tidak disertakan bukti.

Beliau berkata, menteri yang dimaksudkan sudah mencabar dakwaan itu dan membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

Justeru itu, katanya, orang ramai tidak seharusnya membuat kesimpulan sebelum proses undang-undang selesai.

“Nama yang disebut itu, bila ada pertuduhan, siasatan diteruskan…tidak terkecuali. Tetapi saya tidak menghukum seperti mana dalam jawapan saya yang panjang semasa siasatan diteruskan.

“Jadi biar ada pendakwaan dan siasatan. Yang dibangkitkan tentang menteri RM9.5 juta itu kenyataan politik, tidak disandarkan apa-apa keterangan. Menteri berkenaan sudah pun mencabar dan menjawab serta bawanya ke mahkamah,” katanya.

Anwar menegaskan, siasatan perlu diteruskan sekiranya terdapat asas dan bukti, tanpa mengira kedudukan atau parti politik individu yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku.

Beliau turut mengingatkan supaya istilah ‘sakau’ tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik secara umum kerana salah laku boleh berlaku tanpa mengira latar belakang politik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.