nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid dakwa ada projek di Sabah, Sarawak diarah batal tahun ini

26 OKT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan di Sabah dan Sarawak bagi 2026 yang diarah untuk dibatalkan walaupun peruntukannya sudah tersedia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata arahan pembatalan itu dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian, sekali gus menjejaskan pelaksanaan projek yang sudah diumumkan kepada rakyat.

“Saya bersimpati dengan rakan-rakan daripada Sarawak dan Sabah. Terdapat projek-projek tahun 2026 yang telah diarahkan oleh ketua setiausaha kementerian untuk dibatalkan, sedangkan peruntukannya telah ada tetapi tidak ada penyaluran dana.

“Ini saya sebut betul-betul. Jadi yang jadi mangsanya ialah Sabah dan Sarawak, begitu juga masyarakat kampung lain di Semenanjung,” katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chong Zhemin (PH- Kampar) mengenai kemungkinan projek lain dikorbankan bagi menampung peruntukan program Jalan Luar Bandar (JALB).

Bagi menjawab soalan Zhemin, Ahmad Zahid menegaskan tiada projek yang dikorbankan untuk menjayakan JALB.

“Sesuatu projek itu diluluskan apabila perbelanjaan belanjawan itu diumumkan. Jika tidak ada dalam senarai memang tidak akan dilaksanakan. Tidak ada satu projek pun yang dikorbankan. Tidak ada,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek yang diluluskan perlu dilaksanakan berdasarkan peruntukan belanjawan yang diumumkan, bukannya melaksanakan projek yang tidak disenaraikan.

“Saya fikir apa yang perlu jika telah diumumkan mestilah dilaksanakan. Jangan melaksanakan projek yang tidak diumumkan.

“Jadi itu jadi masalah kepada banyak kementerian, bukan hanya kementerian saya. Saya tidak menyentuh sesiapa-sesiapa dalam perkara ini tetapi kita elakkan daripada perkara itu berlaku,” katanya.

Ketika menjawab soalan-soalan daripada beberapa ahli Parlimen Sabah, Ahmad Zahid juga mengesahkan pembatalan projek itu melibatkan beberapa pembinaan jalan di negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut menjelaskan RM300 juta yang diumumkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai peruntukan tambahan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebenarnya merupakan kebenaran berbelanja melalui Surat Kuasa Berbelanja (SKB).

Beliau berkata, jumlah itu bertujuan menjelaskan tunggakan dan komitmen projek tahun-tahun sebelumnya, bukannya peruntukan tambahan baharu yang memerlukan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan berasingan.

Menurutnya, pertambahan jumlah bagi JALB berlaku menerusi penyusunan semula peruntukan dalam jumlah keseluruhan yang tersedia kepada kementerian, tertakluk kepada kelulusan dan peraturan kewangan berkuat kuasa.

Ahmad Zahid berkata, sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), dari 2016 hingga 2025, KKDW menyiapkan 1,787 kilometer jalan menerusi program JALB.

Katanya, jalan luar bandar penting untuk memudahkan urusan harian penduduk, termasuk menghantar anak ke sekolah, membawa hasil pertanian ke pasaran dan membolehkan ambulans sampai ketika kecemasan.

“Jadi, apabila projek tertangguh, yang menunggu bukan hanya kontraktor. Yang menunggu ialah rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan peruntukan asal, peruntukan yang dipinda, perbelanjaan sebenar dan komitmen kontrak perlu dinilai secara menyeluruh supaya kesimpulan yang dibuat berasaskan fakta.

KKDW, katanya, akan terus memperkukuh kawalan perbelanjaan, menyelesaikan tunggakan dan menyusun keutamaan projek mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.