nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Melaka: BN-MCA cari jalan selesai secara dalaman

27 OKT : Barisan Nasional (BN) akan mencari penyelesaian secara dalaman berhubung isu calon MCA menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu berbangkit itu akan ditangani menerusi perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Menurut Presiden UMNO itu, pertemuan antara BN dan kepimpinan MCA berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan turut menunjukkan perkembangan positif.

Pertemuan itu turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyerahkan kepada Ab Rauf untuk mengumumkan hasil pertemuan berkenaan selepas memberi mandat kepada Ketua Menteri Melaka itu untuk berbuat demikian.

“Pertemuan itu memperlihatkan pencapaian yang positif. Saya tidak dapat mengumumkannya sehingga Ketua Menteri Melaka yang telah saya berikan mandat untuk membuat pengumumannya. Sila tanya soalan susulan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup JELITA Latihan Pecutan Intensif 12 Jam di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu seumpama itu lazim berlaku ketika pilihan raya dan bukan hanya melibatkan BN, malah parti gabungan lain.

“Kita akan lakukan langkah penyelesaian secara dalaman. Di mana-mana pilihan raya kecil atau PRN, apatah lagi Pilihan Raya Umum (PRU), memang ada permasalahan yang begini, bukan hanya kepada BN sahaja tetapi berlaku juga kepada parti-parti gabungan yang lain.

“Ini sesuatu yang lazim dan tidak ada sesuatu yang mustahil untuk kita cari jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan MCA berhasrat menarik diri daripada gabungan itu susulan tidak berpuas hati dengan agihan kerusi di Melaka.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penguasaan kemahiran mampu membantu wanita membina kerjaya, mengembangkan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

Beliau berkata, usaha memperkasa wanita di Melaka juga perlu diperluaskan bagi membantu lebih ramai golongan itu meningkatkan pendapatan serta membina kehidupan lebih baik untuk keluarga.

“Saya sentiasa percaya kepada kemampuan wanita. Dengan kemahiran dan kepakaran yang betul, saya yakin mereka mampu membina kerjaya, mengembangkan perniagaan dan membuka peluang kepada orang lain. Sebab itu saya selalu katakan, ‘skills are the new currency.

“Ribuan wanita telah mendapat manfaat daripada pelbagai program pembangunan usahawan, dan usaha seperti ini mesti terus diperluaskan supaya lebih ramai wanita mampu meningkatkan pendapatan serta membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka,” katanya

Beliau turut menggesa peserta program supaya membina keyakinan diri menerusi penguasaan kemahiran dan tidak membiarkan keraguan membataskan cita-cita mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.