nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelarian dibenar bekerja, elak dieksploitasi sindiket: KDN

28 OKT : Pelarian yang berdaftar di bawah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) diberi akses bersyarat kepada sektor pekerjaan formal bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam ekonomi gelap atau dieksploitasi sindiket.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu turut menyokong usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing, selain membuka peluang kepada pelarian mendapatkan penempatan di negara ketiga.

“Bagi mengelakkan pelarian terjerumus ke dalam ekonomi gelap (shadow economy) atau dieksploitasi oleh sindiket, Kerajaan memberikan pemegang DPP akses bersyarat kepada sektor pekerjaan formal.

“Kebenaran bekerja ini sebagai pengganti (substitution) kepada kemasukan pekerja asing baharu dari luar negara selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk mengurangi ketergantungan ekonomi negara terhadap pekerja asing.

“Selain itu, kemahiran dan pengalaman bekerja yang dimiliki oleh pemegang DPP akan membuka peluang yang lebih baik untuk mendapat penempatan ke negara ketiga melalui laluan pelengkap (complementary pathway),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen bagi menjawab soalan Dr Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) mengenai kerangka strategik jangka panjang kerajaan dalam mengurus isu Rohingya, termasuk keseimbangan antara tanggungjawab kemanusiaan, keselamatan dan sosioekonomi negara.

Program DPP mula dilaksanakan pada 1 Januari 2026 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), merangkumi pendaftaran maklumat peribadi, pengumpulan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian.

Menurut Saifuddin, program itu juga bertujuan mengurus keberadaan pelarian secara sementara dan bukannya memberikan penempatan kekal di Malaysia.

“Pelaksanaan DPP bertujuan mengurus keberadaan pemegangnya secara sementara dan bukan untuk memberikan penempatan kekal di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, individu yang disahkan sebagai pelarian akan diberikan Kad DPP, iaitu pas khas yang membolehkan mereka tinggal sementara di Malaysia, tertakluk kepada syarat ditetapkan kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, KDN akan terus membantu kementerian dan agensi berkaitan dalam rundingan dengan negara asal, negara penerima serta agensi antarabangsa bagi memastikan penyelesaian akhir dilaksanakan secara teratur bersesuaian dengan status setiap individu, mengambil kira pertimbangan kemanusiaan juga kepentingan keselamatan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.