nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Melaka perkukuh sektor tenaga, sasar tarik pelaburan digital

4 NOV : Melaka sedang meneroka pembangunan ekosistem kuasa bersepadu berkapasiti sehingga dua gigawatt (GW) bagi menyokong cadangan pembangunan Hab Pusat Data Kecerdasan Buatan (AI) Rendah Karbon, sekali gus membuka potensi pelaburan digital bernilai tinggi di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, Perbadanan Melaka (MCORP) bersama Edra sedang meneliti kebolehlaksanaan pembangunan ekosistem berkenaan yang dirancang berhampiran Loji Janakuasa Edra Melaka.

“Justeru, Loji Janakuasa Edra Melaka berkapasiti 2,242 megawatt memainkan peranan amat penting sebagai antara loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan terbesar di Asia Tenggara, sekali gus menyumbang secara signifikan kepada bekalan elektrik negara dan memperlihatkan keupayaan sektor tenaga yang tersedia di Melaka,” katanya.

Menurutnya, cadangan pembangunan hab berkenaan bertujuan mewujudkan ekosistem mampan bagi teknologi AI dan pengkomputeran awan, selain menjadikan Melaka destinasi berdaya saing untuk menarik pelaburan digital.

Dalam perkembangan sama, Edra turut mengumumkan cadangan pelaburan bernilai RM6 bilion di Melaka yang berpotensi mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Seiring dengan perkembangan sektor tenaga itu, penubuhan Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI (CGNEI GTSTC) di Melaka dilihat mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar tempatan bagi memenuhi keperluan industri penjanaan kuasa berteknologi tinggi.

Ab Rauf berkata, inisiatif CGN dan EDRA itu bukan sekadar menyediakan kemudahan latihan, malah menjadi platform membangunkan kepakaran tenaga kerja tempatan dalam bidang operasi penjanaan tenaga.

“Manfaat penubuhan pusat latihan itu juga tidak terhad kepada Melaka, sebaliknya berpotensi diperluaskan kepada tenaga kerja seluruh negara.

“Lebih penting, mereka telah mewujudkan pusat latihan yang akan melatih dan melahirkan tenaga pakar dalam bidang operasi tenaga, terutamanya turbin gas dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Penjanaan Kuasa Turbin Gas (CGNEI) 2026 di Pusat Latihan Kemahiran Turbin Gas CGNEI, Loji Janakuasa Edra Melaka (EMPP) di Telok Gong, hari ini.

Katanya, pembangunan kepakaran tempatan menerusi latihan khusus itu penting bagi memastikan tenaga kerja negara memiliki kemahiran yang diperlukan industri, selain meningkatkan peluang kerjaya dan potensi pendapatan mereka.

“Ini penting untuk melatih tenaga kerja di Malaysia supaya kita dapat melahirkan bukan sahaja pekerja mahir, tetapi akhirnya meningkatkan pendapatan, khususnya di Melaka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited memperkukuh sektor tenaga menerusi kepelbagaian sumber tenaga serta menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan dan mesra alam bagi memastikan Melaka bersedia memenuhi keperluan ekonomi digital masa hadapan.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.