nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SKM beri bantuan pemulihan koperasi pasca COVID-19

19 SEPT: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan bantuan pemulihan berjumlah RM70,000 kepada sembilan buah koperasi di Terengganu yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, bantuan tersebut adalah sebahagian daripada RM525,500 yang telah diluluskan kepada 65 koperasi seluruh negara.

“Kementerian memperuntukkan RM1 juta dalam bentuk bantuan insentif program, pemasaran dan penganjuran pemulihan sokongan yang akan dimanfaatkan lebih 80 koperasi dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri.

“Tahniah dan syabas kepada SKM di atas usaha ini dan kita berharap bukan sahaja koperasi malah usahawan dapat merebut peluang-peluang perniagaan, mewujudkan produk dan perkhidmatan baharu bagi merancakkan gerakan koperasi dalam era pasca COVID-19 dan norma baharu terutamanya di negeri Terengganu.,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini berkenaan Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu dan Pelancaran Program Pulih yang dihadirinya di Dewan Terbuka Kuala Besut.

Yang hadir sama di majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Kesemua koperasi berkenaan menerima bantuan antara RM5,000 dan RM10,000, antaranya Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu Berhad (KOKANUN), Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) dan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang Berhad.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.