nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pandikar Amin tak mahu terlalu yakin

22 SEPT: Biarpun sudah lebih 30 tahun terbabit dengan politik termasuk menjadi wakil rakyat, namun Ketua Umum Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetap merendah diri dan tidak mahu terlalu yakin untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, fenomena dan pemikiran politik Sabah sangat berlainan dengan pengundi di negeri-negeri lain di Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkenaan berkata, pengundi di Sabah mempunyai pemikiran berbeza dan mampu menjatuhkan atau menaikkan sesebuah kerajaan negeri dengan begitu sahaja.

USNO
Calon-calon USNO bertanding di 37 DUN dalam PRN Sabah.

Menurut beliau, sebagai contoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), orang Sabah memilih untuk menjatuhkan kerajaan negeri ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dengan memilih Parti Warisan Sabah (Warisan) dan calon Pakatan Harapan (PH).

“Saya sendiri pun tidak yakin untuk menang di kawasan baharu, DUN Pintasan ini walaupun majoriti pengundi di sini adalah terdiri ahli keluarga dan suku sakat saya iaitu kaum saya sendiri Iranun.

“Kalau kawasan kampung halaman yang saya berkhidmat lebih 30 tahun pun, saya tidak berani jamin macam mana saya nak ramalkan kemenangan calon USNO di kawasan lain,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama portal PNBBC di kediamannya di Kota Belud, semalam.

Untuk rekod, pada PRN kali ini USNO meletakkan calon bertanding di 47 kerusi DUN termasuk Pandikar Amin yang berdepan dengan pertandingan enam penjuru di DUN Pintasan.

Lima lagi turut menandingi kerusi DUN Pintasan ialah Fairuz Renddan (Perikatan Nasional), Padlan Samad (Parti Cinta Sabah), Mohd Safian Saludin (Warisan), Roslan Mayahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Datuk Almudin Kaida (Bebas).

Mengulas lanjut, Pandikar Amin menjelaskan, jumlah bendera parti dipacak di tepi jalan tidak boleh menjadi ukuran kemenangan seorang atau parti yang bertanding dalam PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU) di Sabah.

“Kalau orang luar berpendapat semakin banyak bendera di pacak di tepi jalan lebih cerah peluang sesebuah calon untuk menang kerusi DUN berkenaan adalah tidak benar sebab seorang calon atau parti boleh mengupah kontraktor memasang lambang parti jika mereka mempunyai dana pilihan raya yang banyak.

“Lagi sekali saya mahu ulang politik orang Sabahan memang unik kerana kamu tidak boleh meramalkannya siapa akan menang sesuatu kerusi di peringkat,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.