nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama Malaysia-Nigeria bangunkan industri halal

1 OKT: Malaysia akan bekerjasama dengan Nigeria membangunkan industri halal di negara itu menerusi pembangunan Hab Perniagaan Halal untuk menghasilkan produk halal, pensijilan makanan halal dan pengurusan makanan halal.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selain merupakan antara negara dengan penduduk Islam terbesar, Nigeria memiliki pasaran halal yang kian berkembang.

Menurut beliau, ia meliputi segmen makanan hinggalah ke bidang-bidang lain seperti logistik, fesyen, kosmetik, perbankan Islam dan rantaian bekalan.

“Dalam konteks kerjasama Malaysia dan Nigeria, negara dari Afrika itu akan dapat mengambil perspektif yang berbeza mengenai trend semasa industri halal global terutama membabitkan produk berasaskan agrikomoditi.

“Dengan 50 peratus penduduk Islam di negara itu, Nigeria bertanggungjawab untuk menjaga sebilangan besar pengguna halal tempatan mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nigeria

Mohd Khairuddin memberitahu, pihaknya bersedia untuk membantu Nigeria khususnya membabitkan produk-produk halal berasaskan agrikomoditi keluaran tempatan bagi mengembangkan lagi pasaran produk halal di negara itu

“Ini adalah contoh terbaik untuk menjalinkan hubungan global dalam perkembangan industri halal di seluruh dunia dan ummah secara keseluruhan,” katanya.

Beliau semalam menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ekspo Maya Halal Dunia dan Siri Webinar 2020 yang antara lain memfokuskan kepada industri halal dunia yang kini bernilai kira-kira RM9.57 trilion dan kaitannya dengan produk-produk agrikomoditi.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata pasaran halal tidak hanya berkembang di negara-negara majoriti umat Islam, tetapi juga di negara-negara majoriti bukan Islam termasuk China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Tambahnya, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana pembangunan industri halal disokong oleh kerajaan selain menggalakkan sinergi kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam.

“Industri halal bukan sekadar membabitkan segmen makanan dan minuman dalam masyarakat malah meliputi produk hiliran komoditi seperti coklat, sarung tangan getah, produk minyak sawit, kosmetik dan pelbagai lagi,” katanya.

“Pasaran halal telah muncul sebagai komponen progresif dalam ekonomi global hari ini dengan peningkatan pengguna Muslim dan bukan Muslim setiap tahun.

“Industri ini akan menjadi amat berdaya saing dalam dunia perniagaan antarabangsa selain memiliki tahap standard kualiti yang tinggi atau elemen ‘thoyyiban’ yang menjadi unsur penting dalam Islam,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.