nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6 kluster baharu seluruh negara

24 OKT: Sebanyak enam kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini di sekitar Sabah, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Mesra melibatkan daerah Sandakan di Sabah di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 setakat hari ini dan tujuh daripadanya adalah kes baharu.

Menurut beliau, satu lagi kluster dikesan di Sandakan iaitu Kluster Megah yang setakat ini mencatatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19 dengan satu kes baharu.

“Kluster Kaya melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan serta Putrajaya di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dengan 54 kes baharu.

“Kluster Bah Kayu pula dikesan di daerah Gombak, Selangor dan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur yang mencatatkan 17 kes positif COVID-19 setakat ini dengan satu kes baharu,” katanya dalam sidang media secara langsung melalui Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, Kluster Baki melibatkan daerah Kuching, Sarawak di mana lima kes dikesan positif COVID-19 dengan tiga kes baharu setakat ini.

Beliau memberitahu, kluster terakhir iaitu Kluster Kempas dikesan di daerah Johor Bahru dan Kulai, Johor yang mencatatkan lapan kes positif COVID-19 dengan lima kes baharu hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham merayu semua penduduk di Lembah Klang agar mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau, tujuan utama adalah supaya lebih ramai yang duduk di rumah, mengurangkan pergerakan masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan virus COVID-19 di kawasan-kawasan PKPB.

“Sama ada tindakan ini akan berjaya atau tidak adalah bergantung kepada kepatuhan dan kerjasama kita semua,” jelasnya.

Dr Noor Hisham juga berharap agar semua majikan dan pekerja untuk mematuhi ketetapan ini kerana ianya akan membantu mengurangkan pergerakan masyarakat di sekitar kawasan PKPB dan mengurangkan juga risiko penularan di kawasan tempat kerja.

“Kepatuhan masyarakat setempat dalam membudayakan amalan baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah amat penting bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan, hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memaklumkan kelulusan bagi pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu iaitu 624 Jururawat Gred U29, 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.

Katanya, selaras dengan kelulusan tersebut, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada hari Isnin ini, 26 Oktober 2020 dengan tarikh melapor diri bertugas ditetapkan pada hari Rabu 28 Oktober 2020.

“Daripada sejumlah 624 pelantikan Jururawat Gred U29 yang diluluskan, sebanyak 317 Jururawat Gred U29 akan ditempatkan di Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Labuan.

“Kebanyakannya terdiri daripada adalah anak kelahiran tempatan. Kementerian Kesihatan berharap dengan pertambahan petugas kesihatan tersebut, akan dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di Sabah dan Labuan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.