nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nilai kebolehjangkitan COVID-19 turun 1.1

29 OKT: Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) 2.2 yang direkodkan pada permulaan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia kini turun kepada 1.1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa yang sama, semua pihak khususnya petugas barisan hadapan perlu mempergiatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan.

“Terkini R-naught untuk kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia telah turun, iaitu pada permulaan gelombang ketiga 2.2 kepada 1.1.

“Kita perlu mempergiatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan. Berusaha dan bertawakal. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook rasminya, hari ini.

Malaysia pernah menyaksikan RO mencecah 3.5 pada gelombang kedua yang bermaksud 100 orang akan menjangkiti 350 individu.

Dalam hantaran terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga petang semalam, seramai 165 Jururawat Terlatih, 18 Juruteknologi Makmal Perubatan dan 21 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran melaporkan diri dan ditempatkan di fasiliti di Sabah.

Beliau berkata, kesemua mereka adalah petugas kesihatan baharu diluluskan untuk lantikan secara kontrak.

Katanya, baki seramai 152 jururawat dijangka melapor diri pada Jumaat ini dan lebih ramai akan melapor diri selepas keputusan ujian RT-PCR dan pemeriksaan kesihatan mereka selesai.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan memberi kelulusan bagi pelantikan secara kontrak untuk 1,223 calon baharu seluruh negara iaitu 624 Jururawat Gred U29, Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (336), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (213) dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.

“Seramai 317 Jururawat Gred U29 ditempatkan di Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini akan menambahkan bilangan tenaga kerja perubatan dan kesihatan di Sabah. Sehingga 27 Oktober 2020, secara keseluruhannya 1,045 kakitangan dimobilisasikan secara dalam negeri Sabah (667 orang) dan daripada Semenanjung (378 orang) di mana 150 adalah kakitangan kesihatan awam dan 895 adalah kakitangan perubatan.

“Proses mobilisasi ini akan diteruskan mengikut keperluan di fasiliti Sabah. Selepas melapor diri di Sabah, mereka boleh terus bertugas tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.