nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Saya bukan takut mati, perancangan sudah dibuat

11 NOV: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan tidak timbul soal takut mati seperti dibangkitkan bahkan beliau dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebenarnya turut ke Sabah dalam tempoh penularan COVID-19.

Menurutnya, KKM dalam hal ini telah melakukan perancangan khusus untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di Sabah dan ini termasuk menghantar pegawai-pegawai kanan ke negeri tersebut.

Jelas Noor Hisham, bukan sahaja timbalannya dan pegawai kanan lain, bahkan beliau sendiri turun padang ke Sabah pada akhir Ogos bagi melihat kesiapsiagaan persiapan KKM menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, terbaru minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Keong telah turun ke lapangan di Sabah bagi melihat aspek pengurusan, keberkesanan tindakan dan isu lain di negeri itu.

“Dalam hal ini tidak timbul isu yang kita ‘takut mati’. Sebagai orang Islam, kita terima yang kematian di mana-mana boleh berlaku, sama ada turun padang atau tidak.

“Yang penting, kita pasangkan niat untuk melaksanakan tugas dengan tujuan untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 di seluruh negara bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa.

“Kita boleh selisih pendapat tetapi yang pasti kita semua nak putuskan rantaian wabak ini supaya kes dikurangkan dan nyawa diselamatkan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada sidang perbahasan Dewan Rakyat hari ini, seorang penyokong kerajaan membangkitkan mengapa Noor Hisham tidak dilihat berada di lapangan ketika kes COVID-19 di Sabah memuncak baru-baru ini.

Selain itu, pendekatan yang diambil KKM turut dipersoalkan dari segi keberkesanannya dalam mengawal penularan COVID-19.

Ahli Parlimen GPS Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang membangkitkan perkara itu kemudian diasak oleh wakil pembangkang gara-gara isu ‘takut mati’ sehingga berlaku pertikaman lidah antara mereka.

Sementara itu, menjawab soalan mengenai pandangan pakar kesihatan awam yang berbeza pandangan terhadap langkah mengawal pergerakan menerusi PKPB ketika ini, Noor Hisham mengakui terdapat dua pandangan dalam hal ini.

Katanya, namun selepas 10 bulan menggunakan kaedah pencegahan dan kawalan, ternyata ia berjaya membendung jumlah peningkatan kes dari semasa ke semasa.

“Pakar kesihatan awam memang bercakap tentang dua pendekatan ini. Tapi di Malaysia kita ambil konsep pencegahan dan kawalan.

“Ada negara seperti Sweden yang tidak ambil pendekatan kawalan. Sejarah akan membuktikan pendekatan mana yang lebih baik kerana pada masa ini kita sedang berdepan satu virus baru yang tidak banyak kita ketahui,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.