nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tekong gagal seludup 13 PATI masuk Sabah

13 NOV: Cubaan seorang tekong lelaki menyeludup 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan tikus gagal apabila ditahan di jalan lama Kota Kinabalu – Beluran, Sabah, kelmarin.

Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit ditahan ketika memandu lori yang membawa kesemua PATI dengan mengelak daripada menggunakan laluan di pusat pemeriksaan daratan (RCP) Sapi Nangoh, dekat sini.

Menurut beliau, pemandu lori terbabit disyaki menyeludup PATI berkenaan dengan mengambil laluan pintas dari Beluran menuju ke ladang sekitar kawasan berkenaan.

PATI
Lori yang digunakan untuk menyeludup PATI.

“Bertindak atas maklumat kemasukan PATI, sepasukan enam anggota Batalion dan 20 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan serta memeriksa sebuah lori berwarna hijau yang melalui lorong tikus (laluan Kota Kinabalu lama – Beluran) dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di belakang lori berkenaan, menemui 13 penumpang yang terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi ESSCom, hari ini.

Tambahnya, kesemua PATI berusia di antara sembilan bulan hingga 42 tahun termasuk tekong tersebut telah dibawa ke Balai Polis Beluran untuk tindakan selanjutnya.

“Turut disita, lori berkenaan turut disita dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM100,000,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad memberitahu, ESSCom dengan kerjasama semua agensi keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Ini termasuk dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif termasuk mengadaptasikan konsep show of force untuk menimbulkan rasa gerun bagi mengawal dan mengekang kemasukan PATI terutamanya dari negara jiran dalam usaha kita untuk mengekang dan memutuskan rantaian COVID-19 daripada merebak dibawa masuk ke negara ini,” katanya.

Justeru itu Ahmad Fuad menggesa masyarakat di kawasan ESSZone agar sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada pasukan keselamatan termasuk menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat penting terutamanya mengenai kemasukan PATI melalui laluan-laluan yang tidak diwartakan ataupun jalan tikus kepada pasukan keselamatan untuk tindakan segera.

“Komuniti ESSZone juga diingatkan supaya jangan bersubahat dan bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut yang cuba mengambil kesempatan untuk menyeludup pati ke negara ini”.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada pihak atau individu dalam kalangan komuniti yang bertindak bersubahat atau melindungi pati termasuk bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut”, katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.