nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rangka pemulihan ekonomi pasca pandemik – Zahid

19 NOV: Belanjawan 2021 perlu mengambil kira pelbagai aspek kehidupan seluruh rakyat Malaysia termasuk rancangan pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen BN Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan wajib melakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu merasai bahawa mereka bukan sekadar diberikan ikan tetapi rakyat mesti turut diberikan kail.

Beliau berkata, perancangan kerajaan perlu mencakupi kumpulan B40 atau M40 tanpa melupakan golongan T20 yang turut menyumbang sebagai salah satu pemangkin ekonomi negara.

Presiden UMNO itu berkata, ini penting kerana Kumpulan M40 turut ramai terkesan, mungkin sebahagian dari mereka kini berada dalam kumpulan B40.

“Malah, banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi penyumbang 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga amat terkesan dan wajib diberi keprihatinan khusus.

“Rakyat sengsara kerana ramai – mengalami ‘no food on the table’ dan ‘no money in the pocket’ malah turut kehilangan tempat berteduh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Berikutan itu, Ahmad Zahid menggesa kerajaan supaya meneliti semua kumpulan sasar yang mahu dibantu menerusi Belanjawan 2021 supaya tiada golongan tercicir dan berasa dipinggirkan.

Beliau berkata, antara perkara perlu diteliti kerajaan termasuklah yuran pengajian lebih 1.1 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta lepasan sekolah yang masih menganggur akibat pandemik COVID-19.

“Saya merayu agar institusi kewangan, syarikat berlesen agar bersimpati dengan peminjam-peminjam yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan. Yang berlaku ‘delayed earning and reduce the profit’,” katanya.

Beliau berkata tindakan berkenaan perlu kerana ramai dalam kalangan kumpulan professional dan teknikal yang turut kehilangan pekerjaan atau terpaksa beralih ke bidang yang luar bidang profession dan kemahiran mereka demi kelangsungan hidup berkeluarga.

“Lihatlah juga doktor-doktor persendirian yang terpaksa klinikklinik persendirian mereka ditutup. Kumpulan GP doctors (general practitioners) ini wajib dibantu dengan mewujudkan skim rangsangan ekonomi yang dapat membantu mereka. Mereka kekurangan dan kehilangan pesakit.

“Bagaimana pula dengan pengusaha bas persiaran, bas sekolah, bas ekspress dan bas kilang yang rata-rata turut terjejas dan menerima tekanan untuk terus melakukan pembayaran bulanan dari syarikat kredit dan leasing, syarikat sewa beli yang tidak tertakluk kepada memberi moratorium.

“Bagaimana pula dengan moratorium kepada penyewa premis perniagaan di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan kerajaan. Begitu juga rumah PPR – rumah murah – rumah mampu milik yang tidak diberikan moratorium. Mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga perlu prihatin terhadap peminjam kenderaan persendirian, kereta terpakai, tanpa moratorium kerana mereka juga terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang pada hematnya telah membentangkan suatu belanjawan yang baik.

Biarpun Menteri Kewangan bukan orang politik, kata Ahmad Zahid, namun sebagai ahli professional dalam bidang perbankan dan korporat, Tengku Zafrul dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.

“Sebagai insan biasa, bukan maksum, jauh dari kesempurnaan – tentunya terdapat beberapa kekurangan dalam Bajet 2021 di mana tentunya semua ahli-ahli di dewan yang mulia ini sedia memahaminya.

“Namun, Menteri Kewangan telah melakukan ‘engagement’ (dengan izin) bersama Ahli-ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.

“Sikap yang terpuji ini harus diakui oleh kita semua – ini adalah suatu keterbukaan yang amat kita alu-alukan – malah beberapa ‘adjustment’ (dengan izin), saya yakin akan terus dilakukan demi untuk melihat ekonomi negara akan keluar dari perangkap kepayahan yang luar biasa sekarang,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.